
Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas kemaluannya dikerat oleh isteri yang dipercayai bertindak kerana cemburu di Jakarta Barat, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Hubungan Tidak Direstui Keluarga, Isteri Potong Kemaluan Suami
Artikel Berkaitan: Cemburu Punya Pasal, Isteri Kelar Kemaluan Ketika Suami Sedang Tidur
Cemburu

Lapor Detik News, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kebon Jeruk, AKP Ganda Sibarani mengesahkan perbuatan itu berlaku selepas wanita berkenaan membaca mesej perbualan suaminya dengan wanita lain.
Hasil siasatan mendapati wanita berusia 33 tahun itu berasa cemburu dan melakukan perbuatan itu menggunakan pisau pemotong ketika suaminya sedang tidur.
Mangsa berusia 35 tahun itu kemudiannya dirawat di Hospital Besar Nasional Dr. Cipto Mangunkusumo (RSCM) namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Kami menerima laporan tiga hari kemudian.
Malangnya, mangsa meninggal dunia di RSCM 23 hari selepas kejadian iaitu pada 12 Ogos 2025.
Akibat perbuatannya itu, pelaku didakwa mengikut Pasal 354 KUHP tentang penganiayaan berat yang membawa hukuman maksimum penjara sembilan tahun.
Sumber: Detik News





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
