Sebelum ini, hasrat pelakon terkenal Indonesia iaitu Baim Wong untuk menunaikan haji tidak kesampaian.
Artikel Berkaitan: Dah Naik Kapal Terbang Tapi Terpaksa Turun, Baim Wong Tak Jadi Tunai Haji
Artikel Berkaitan: ‘Rasa Terpaling Bahagia’ – Dini Schatzmann Ada Sebab Rahsia Tarikh Pernikahan Dengan Janna Nick
Difahamkan, aktor berusia 42 tahun itu terpaksa turun daripada kapal terbang kerana timbul beberapa masalah daripada pihak agensi pelancongan.
Isteri keguguran
Bagaimanapun, Baim menerusi satu hantaran terbaharu di Instagramnya menjelaskan, antara faktor dia tidak jadi berangkat ke tanah suci disebabkan isterinya, Paula Verhoeven telah dimasukkan ke hospital akibat keguguran.
Disebalik banyak cerita yang terpaksa saya selindungkan kerana tidak layak untuk terus membuat orang ramai menjatuhkan antara satu sama lain.
Anggaplah saya tidak jadi pergi ke haji disebabkan perkara ini (isteri di hospital). Saya dan isteri tak mahu dikasihani.
Risau pandangan kalian mengenai haji saya akan ke mana-mana. Anggap saja Allah menggagalkan mengenai haji saya demi menjaga isteri yang keguguran.
Pada hantaran sama, Baim turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan isterinya sedang terbaring di atas katil hospital.
Support Janna Nick
Pun begitu, meskipun berdepan situasi sukar dalam hidup, pelakon filem Layla Majnun dilihat berkesempatan hadir pada perkahwinan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann, pada Sabtu.
Perkara itu dapat dilihat menerusi satu hantaran di Instagram milik aktres Nora Danish yang sempat merakam foto bersama Baim pada majlis yang berlangsung di Langkawi itu.
Jelas Nora, dia akui gembira apabila dapat bertemu kembali dengan Baim selepas kali terakhir berjumpa 14 tahun lalu.
Selepas 14 tahun, berjumpa kembali. Gembira dapat berjumpa awak.
Sementara itu, di ruangan komen, Baim sempat membalas dengan menyatakan Nora masih kekal jelita sehingga hari ini.
Awak masih kekal gorgeous!
Terdahulu, Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Sumber: Baim Wong, Nora Danish