berita

Isteri Maut Di Tangan Suami Dengan 6 Kesan Hentakan, Dipercayai Guna Tukul Besi

April 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang wanita maut akibat enam kesan kecederaan berpunca dari hentakan kuat, dipercayai dipukul oleh suaminya sendiri dengan kejam menggunakan tukul besi.

Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Parah Ditetak, Didakwa Kacau Isteri Orang

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Hanya Kerana Sebuku Roti

Dipukul berkali-kali

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, pihaknya percaya bahawa kesan kecederaan pada tubuh mangsa, Rubiah Sabtu, 41 adalah kerana dihentak berkali-kali menggunakan tukul besi.

Beliau berkata demikian setelah memperoleh hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa iaitu dengan terdapat dua kesan hentakan di bahagian mata kanan serta di bahagian dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

Pihak polis dengan segera bertindak ke lokasi kejadian iaitu di rumah pasangan tersebut di Dungun, Terengganu. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai ruang tamu.

Terdapat kesan percikan darah di lantai serta dinding rumah berkenaan.

Ketika kejadian, pasangan itu bersama bayi yang berusia tiga bulan berada di dalam rumah itu.

Susulan itu, suspek yang juga suami mangsa telah diberkas oleh polis untuk siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan kejam itu.

Dalam pada itu, pihak polis mendakwa mangsa yang merupakan pengusaha kedai runcit dibunuh kerana telah berlaku perselisihan faham antara dia dan suami. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sekadar info, pasangan tersebut baru setahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang berusia tiga bulan. Manakala mangsa pula pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai enam orang anak.

Sumber Harian Metro

SKIP THIS AD ×