Sekadar gambar hiasan
Setiap rumah tangga pasti mempunyai masalah tersendiri yang menjadikan sesebuah hubungan itu lebih kuat.
Namun, lain pula kisah pasangan yang berasal dari Lagos, Nigeria ini apabila mereka mula bertengkar mengenai sebuku roti dan berakhir dengan satu kematian.
Artikel Berkaitan: Akibat Minta Untuk Dikahwini, Gadis Dipukul Berkali-Kali Oleh Teman Lelaki
Artikel Berkaitan: Pukul Kepala & Tendang Berkali-Kali, Video Ganas Suami Pukul Isteri Cetus Amarah
Maut dibelasah
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Punch, mangsa, Ogochukwu Enene, dipukul menggunakan cermin. Difahamkan, mangsa menyuruh suspek iaitu suaminya untuk membeli sebuku roti namun, suspek yang bernama Ndubisi Uwadiegwu itu, enggan menturutinya.
Hal itu disaksikan oleh anak pasangan tersebut yang berusia 14 tahun.
Ayah membelasah ibu sehingga mati menggunakan cermin sebab ibu meminta ayah beli roti.
Dipercayai, mangsa tidak mempunyai wang untuk membeli roti. Namun begitu, Enene menggunakan wangnya sendiri dan membeli sebuku roti buat anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, suspek didapati memakan kesemua roti yang dibeli mangsa. Apabila ditanya, mangsa berang dan mula bertindak ganas ke atas isterinya yang menyebabkan mangsa maut di tangan suaminya.
Sekadar info, pasangan tersebut memiliki lima cahaya mata daripada hasil perkahwinan.
Sumber: Punch