berita

Isteri Opick Dedah Dihalau Dari Rumah – ‘Baju Dibuang, Alat Solek Saya Dihancurkan’

September 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, penyanyi dan pendakwah terkenal dari Indonesia, Opick dan isteri, Bebi Selvina menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda badai.

Artikel Berkaitan: Konsert Malam Bulan Bintang Bawa Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick & Sabyan, Tak ‘Goyang’ Bertembung Dengan Blackpink World Tour

Isteri Opick dihalau dari rumah?

Bebi mendedahkan dihalau oleh seseorang dari rumah milik suaminya sendiri namun tidak menyebut nama mana-mana individu. Bukan hanya dihalau, individu tersebut turut mengeluarkan barang-barang dan menghancurkan alat solek berjenama milik Bebi.

Syukur tiada lagi manusia yang menunjukkan ‘muka’ dan usir aku dengan drama-drama nangis.

Pakaian saya dibuang dari almari, alat solek yang mahal telah dihancurkan. Tanpa rasa malu dan salah, tanpa minta maaf.

Memikirkan kembali apa yang dilaluinya kini, Bebi akui bingung mengapa ada pihak yang tergamak menghancurkan rumah tangganya.

Terdahulu, Bebi mengakui keluar dari rumah berkenaan kerana masalah rumah tangga dan turut membawa dua anak mereka Hasan dan Husen.

Namun, Opick menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan wanita itu sebenarnya pulang ke kampung kerana ibunya sakit.

Sumber: Insertlive

SKIP THIS AD ×