
Isteri kepada penyanyi Fitri Haris, Fazilah Omar mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan suaminya berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Fitri Haris Nafi Curang, Tepis Dakwaan Gosip Penyanyi Nasyid Ada Skandal Wanita Umur 20 – ‘Itu Bukan Saya’
Percaya suami

Fazilah menegaskan rumah tangganya bersama Fitri dalam keadaan bahagia selain mengakui meletakkan kepercayaan penuh terhadap suami tercinta.
Tiada apa yang saya boleh ulas, kita sendiri tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul. Saya rasa buat masa ini, tiada apa boleh dikatakan.
Saya percaya suami saya. Banyak pihak yang memutar belitkan keadaan, kalau gosip itu betul sudah lama Fitri bagi pengesahan. Apa yang sudah dikatakan oleh Fitri sebelum ini, maka itulah penjelasan sebenar.
Fazilah berkata demikian ketika menemani Fitri membuat persembahan di acara Al-Quran Di Mana-Mana @ Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ditanya adakah benar dakwaan wujud orang ketiga dalam rumah tangga, Fazilah tetap dengan pendirian menegaskan hubungan mereka suami isteri tiada sebarang masalah.
Nama pun gosip. Saya dengan suami dan anak-anak, kami semua okay, hidup kami bahagia. Saya dan Fitri tiada langsung masalah.
Mungkin juga banyak dakwaan timbul disebabkan Fitri hanya memilih untuk diam sebelum ini. Disebabkan itu juga pelbagai tanggapan yang wujud.
Terdahulu, Fitri menafikan dirinya merupakan individu yang dikaitkan dengan gosip seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku curang terhadap isteri.
Kata anggota kumpulan UNIC itu, dia terkejut apabila mendengar khabar angin yang tersebar luas di media sosial dan menegaskan dakwaan tersebut langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Terdahulu, tular dakwaan mengenai seorang penyanyi nasyid yang juga ahli kumpulan terkenal, dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muda berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu.
Wanita tersebut dikhabarkan anak kepada seorang ahli politik, dan mereka didakwa sering dilihat bersama di beberapa pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur.
Malah, isteri kepada penyanyi terbabit dikatakan sudah mengetahui tentang hubungan tersebut dan telah memberi keizinan untuk mereka berkahwin.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

