berita

Isteri Rody Kristal Alami Keguguran, Impian Timang Bayi Perempuan Tak Kesampaian – ‘Sorry Sayang’

October 27th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu, Niena Azman berkongsi berita sedih di mana dia mengalami keguguran. Menurut Niena, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital.

Minta maaf sayang

Check up hari ni tapi tak ada dah. Minta maaf sayang.

Ujar Niena, impian suaminya untuk menimang cahaya mata perempuan tidak kesampaian selepas mereka mendengar khabar duka tersebut. Tambah Niena, mereka berdua tetap reda dengan takdir yang telah tertulis.

Sorry sayang. Dia harapkan baby girl tapi belum rezeki kami. Insya-Allah one day. Doakan kami. Semua ini dah tertulis. Encik suami kata next tak nak letak Baby C terus ke Baby D sebagai ingatan kami kat dia.

Niena yang juga merupakan penjaga gol skuad futsal kebangsaan berkata, walaupun kandungannya itu mampu bertahan seawal dua bulan sahaja namun dia dan suami tetap menganggap itu adalah anugerah yang diberikan Tuhan buat mereka.

Walaupun seawal dua bulan tapi suami kata itu adalah anugerah kami.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mendoakan agar pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Video

Sumber: Niena Azman

SKIP THIS AD ×