
Personaliti media sosial, Ryan Bakery berkongsi berita duka apabila isterinya, Elyia Ibrahim mengalami keguguran buat kali kedua.
Artikel Berkaitan: Isteri Ryan Bakery Keguguran Pada Syawal Ke-10, Tiada Rezeki Timang Anak Kedua
Keguguran kali kedua
Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 31, memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Walau bagaimanapun, Ryan berkata, dia tetap reda menerima bahawa belum ada rezeki buat mereka untuk menimang cahaya mata kedua, selain mahu memberikan fokus terhadap kesihatan isteri.
Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya. fizikal mahupun mental. Isteri saya keguguran buat kali kedua.
Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik, redha atas segalanya. Ikhlas menerimanya.
Yang penting, saya nak awak kembali sihat.
Dalam pada itu, Ryan turut mendoakan agar setiap wanita yang berdepan dengan situasi sama, tabah menghadapi ujian tersebut dan percaya kepada ketentuan Allah SWT.
Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi pekara yang sama, saya doakan moga cepat sembuh. Kuatkan semangat. Ada rezeki lain.
InsyaAllah, kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan. Amin.
Sebelum ini, Ryan memaklumkan bahawa isterinya keguguran pada Syawal ke-10 dan mereka hanya mengetahui tentang kehamilan itu pada 1 Syawal ketika usia kandungan melebihi sebulan.
Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ryan Ezra.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/KA-27.jpg)
