Hey what’s up guys, itu antara intro yang selalu kita dengar dalam video masakan influencer terkenal Khairul Aming. Dia antara individu yang aktif berkongsi resipi mudah diikuti di media sosial. Lagi menghiburkan, dalam setiap video yang dihasilkan olehnya, akan turut diselitkan dengan ‘lawak-lawak’ yang membuatkan ramai orang terhibur.
Antara video yang telah menarik perhatian warganet adalah Dapur Fancy, dan 30 resepi sepanjang bulan Ramadan.
Hajat dah disampaikan
alhamdulillah hajat dah disampaikan. selamat menjamu selera Asyraf & Wife! ?? https://t.co/sli5dKOTxU pic.twitter.com/vdEGqZHDJi
— Khairulaming (@khairulaming) December 7, 2020
Dua hari lepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Ashraf di Twitter, menceritakan bahawa isterinya sedang sarat mengandung dan mengidam untuk merasa air tangan Khairul Aming. Jelas lelaki itu lagi, walaupun dia sudah cuba untuk meniru resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming, namun rasanya tetap ‘mengecewakan’.
Prihatin dengan luahan tersebut, Khairul Aming menunaikan ‘hajat’ isteri lelaki tersebut dengan memasak kepada mereka berdua. Menerusi video yang dikongsi oleh Khairul Aming, memaparkan prosesnya memasak bermula daripada membeli bahan sehingga ke proses penghantaran kepada mereka berdua.
Wanita hamil itu kelihatan begitu ‘teruja’ menikmati masakan hasil air tangan Khairul Aming. Di hujung video tersebut, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khairul Aming atas kesudian untuk memasak buatnya.
Menu lunch
utk lunch tadi kita buatkan daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar. Cicah dengan sos thai yang masam masam pedasss pic.twitter.com/AU5YxedfWN
— Khairulaming (@khairulaming) December 7, 2020
Antara menu yang telah dimasak kepada dua individu tersebut, adalah daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar. Tidak berakhir di situ, Khairul Aming turut menyediakan satu sos Thai yang istimewa buat mereka. Sedap sungguh ni!
Isteri teringin nak makan
Sebelum ini, Khairul Aming telah menghantar direct message (DM) kepada Ashraf dan bertanyakan beberapa maklumat kepadanya. Pada mulanya, lelaki tersebut seakan tidak percaya akan menerima DM daripada Khairul Aming. Bila ditanya, isterinya tidak kisah dengan sebarang menu, asalkan ia dimasak sendiri oleh Khairul Aming.
Terbaru, menerusi tweet lelaki tersebut menceritakan makanan yang diterimanya sangat sedap, siap dipuji oleh bayi yang dikandung oleh isterinya.
Aktif berkongsi resipi
Khairul Aming aktif berkongsi segala resipi mudah di platfom Youtube dan Instagramnya. Di platform Instagram, Khairul sudah mempunyai lebih 165k pengikut manakala di Instagram 2.7 juta pengikut. Gayanya yang ‘bersahaja’ membuatkan dia diminati rakyat Malaysia.
Sumber: Khairul Aming & Ashraf