Foto: Mirror
Seorang wanita menerusi platfom Reddit, meluahkan rasa kesal dan marah dengan tindakan suaminya yang membuang tampon tanpa kebenarannya.
Lagi menyedihkan apabila tampon tersebut merupakan satu-satunya yang tinggal dan si suami sempat memberikan alasan dia tidak selesa dengan alat penyerap darah yang digunakan ketika perempuan datang bulan.
Isteri marah suami buang tampon
Foto: Hellosehat
Memetik laporan Mirror, wanita berusia 27 tahun yang tidak didedahkan identitinya mendakwa dia baru sahaja menggunakan tampon tersebut dan dia sebelum ini menggunakan pad. Bagaimanapun wanita ini mendapati penggunaan tampon lebih efektif kepadanya ketika keluar bekerja dan berada di luar.
Namun si suami Ryan, 30, dikatakan membenci alat tersebut dan pasangan ini telah bersama selama tiga tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin (2 bulan).
Dia tidak pernah berikan alasan selain. Hanya kata dia tidak selesa bila saya menggunakannya.
Saya tidak fikir ia adalah masalah besar pada mulanya. Dia meminta saya kembali menggunakan pad tetapi saya menjelaskannya kerana ia adalah badan saya maka saya berhak membuat keputusan.
Sudah penat
Foto: Hellosehat
Wanita ini akui penat dan tertekan dengan apa yang dilakukan oleh suaminya yang bertindak membuang tempon miliknya.
Saya hanya menjerit kepadanya selepas dia mengaku membuang seluruh kotak itu.
Salah seorang pengguna Reddit turut mempersoalkan tindakan si suami yang seolah-olah tidak faham dengan keaadaan isterinya sendiri.
Sumber: Mirror