berita

Isteri Toki Kesal, Berita Palsu Kematian Suami Tersebar

May 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Isteri kepada penyanyi Rock terkenal tanah air, Toki iaitu Sharifah Fairuz Syed Yusof meluahkan rasa kecewa dan kesalnya apabila berita palsu mengenai kematian suaminya mula tersebar.

Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal – ‘Doakan Saya Sihat’

Tersebar melalui WhatsApp

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan berita palsu mengenai kematian pelantun lagu Hampa itu tersebar luar melalui satu kumpulan di aplikasi WhatsApp.

Menurut Sharifah Fairuz yang mesra dipanggil Mummy mendedahkan bahawa dia menerima banyak panggilan serta hantaran mesej tanpa henti daripada sahabat-sahabat kelab peminat yang bertanyakan kesahihan berita ini.

Di sini saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini.

Memang Daddy Toki ada sakit tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat yang penting sahaja yang betul.

Jadi kepada sahabat-sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat.

Difahamkan, ketika ini Toki sedang giat melakukan beberapa projek berkaitan nyanyian dan sibuk menjalani latihan di studio baru bersama Man Kidal sekeluarga.

Untuk info, tularnya perkongsian beberapa individu di media sosial mengenai berita palsu tentang kematian Toki sehingga menggemparkan para peminatnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×