Sejak kedatangan tahun baharu 1443 Hijrah, seorang demi seorang selebriti wanita Malaysia membuka buku baru dengan mengambil langkah untuk berhijrah memakai tudung sepenuhnya.
Artikel Berkaitan: Nak Berhijrah Ke Nak Melawa? Peminat Suruh Izara Aishah Pedulikan Komen Negatif
Artikel Berkaitan: Vicha Saywho Sudah Bertudung, Doakan Kekal Istiqamah – ‘Malunya Anak-Anak Saya Semua Dah Lama Pakai’
Tak perlu umum dah bertudung
Selepas pelakon Izara Aishah, kini kawan baiknya, Farah Nabilah, 29, tampil mengenakan tudung.
Ketika dihubungi OhBulan!, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin memilih untuk tidak menggembar-gemburkan kisah penghijrahannya.
Tidak ada apa-apa yang saya perlu beri komen pun. Saya secara peribadi rasa ia adalah sesuatu (isu berhijab) yang tak perlu diumumkan pun.
Terima kasih untuk doa
Dalam pada itu, pelakon drama Titian Cinta melahirakan rasa syukur dan berterima kasih atas doa peminat yang tidak pernah putus.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan.. Semoga kita semua di dalam rahmat Allah SWT, Insya-Allah.
Sebelum ini, Farah menerusi Instagram (IG) miliknya, memuat naik sebuah rakaman video bersama anak lelakinya, Andre Omar dengan penampilan berhijab.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji penampilan Farah yang nampak lebih manis selain mendoakan agar kekal istiqamah.
Selain itu, Farah juga bertindak memadam gambar-gambar lama tidak bertudung di IG.
Sumber: Instagram @farahnabilahofficial