Foto: Instagram @izaraaishahofficial
Biarpun tidak mengumumkan tentang penampilan terbaru namun pelakon Izara Aishah kerap kali berkongsi gambarnya dengan imej bertudung.
Terbaru, Izara, 29, mempersoalkan sama ada haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman media sosial.
Artikel Berkaitan: Padam Semua Gambar Lama, Izara Aishah Muat Naik Foto Bertudung Labuh
Sedia padam akaun
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin menyatakan dia bersedia untuk memadam semua platform sekiranya ada bukti kukuh mengenai hukum tersebut.
Maaf ada yang kata berkongsi gambar diri sendiri di media sosial adalah haram. Tolong tunjukkan bukti. Saya akan padam semua platform dan berhenti kemas kini.
Untuk mendapatkan kepastian, menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyuarakan soalan itu kepada seorang ustazah.
Dah tanya ustazah. Tak haram pun lah. Just beware of evil eyes.
Nak berhijrah ke nak melawa?
Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Adib Khalid mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan penghijrahan yang sedang dilakukannya.
Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua! Jangan serius sangat.. Terima kasih kepada yang bagi kata semangat, yang selalu positif dan sangka baik.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut setia menasihati pelakon filem J Revolusi agar menghiraukan komen-komen negatif selain mendoakan agar kekal istiqamah.
Terdahulu, Izara mengejutkan ramai orang apabila tampil dengan imej bertudung labuh di Instagram (IG) miliknya. Di samping itu, dia turut memadam semua foto lama yang ‘freehair’.
Sumber: Twitter @IzaraAishah