
Dramatis popular, Rozita Che Wan menasihati kaum hawa supaya tidak meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap orang ketiga jika suami mereka berlaku curang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Tidak Sihat, Aaisyah Dhia Rana Kemas Bilik Tidur Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Usik Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Suka – ‘Selamat Pengantin Baharu’
Salah lelaki

Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, berkata, isu kecurangan berlaku berpunca daripada lelaki dan yang sepatutnya dipersalahkan adalah kaum adam.
Ini pendapat saya, bila lelaki curang, orang perempuan suka menyalahkan jantina sendiri. Jangan.
Orang lelaki pun cari pasal sebenarnya sebab perangai teruk tetapi perempuan pula jadi mangsa.
Che Ta berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Tambah Che Ta, golongan wanita juga harus mengawal kemarahan dan tidak wajar menyebarkan aib jika isu curang berlaku.
Selalunya kita memang akan salahkan orang perempuan juga sedangkan yang paling bersalah nombor satu ialah lelaki. Jadi, orang perempuan jangan terus salahkan dan buka aib perempuan lain.
Sesetengah orang suka, suami dia biasa-biasa sahaja tetapi salahkan perempuan lain padahal suami sendiri buaya lapar. Kalau saya, memang akan salahkan lelaki itu.
Sumber: TikTok








