berita

Isu Dadah, Zarina Anjoulie Bakal Dipecat Dari Industri – Zed Zaidi

January 4th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Semenjak ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah, nama pelakon dan model Zarina Anjoulie menjadi isu hangat dikalangan peminat-peminat hiburan tempatan.

Oleh itu selaku Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mngeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini.

“Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain.”

“Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.”

“Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,” ujar Zed Zaidi.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas.

“Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).”

“Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.”

“Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,” tegas Zed Zaidi.

Sumber : Sinar Harian Online.

SKIP THIS AD ×