berita

Isu Gurauan ‘Datuk’, Zizan Razak Mohon Maaf Kepada Hans Isaac

September 25th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Hans Isaac sebelum ini menzahirkan rasa kesal atas gurauan yang dilakukan oleh hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak yang dianggap keterlaluan tentang gelaran Datuk yang diperoleh olehnya beberapa tahun lalu.

Dakwa Hans, Zizan ada menghubunginya beberapa kali selepas malam anugerah itu namun Hans enggan menjawab panggilan tersebut. Menurusi laporan Harian Metro, Zizan akhirnya memohon maaf.

Akui kesilapan

Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir.Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.

Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Terdahulu, Afdlin Shauki turut mengkritik tindakan Zizan yang memakai spek mata hitam semasa mengendalikan anugerah tersebut. Nasib kau lah Zizan!

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×