Pelawak dan pelakon Zizan Razak, tampil bersuara berhubung trend menghasilkan meme menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajahnya dalam pelbagai karakter.

Artikel Berkaitan: Netizen Bimbang ‘Meme’ AI Zizan Disunting Menyerupai Wanita & Agama Lain – ‘Jangan Melampau Sampai Hancur Hukum’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak ‘Surprise’ Abang Kereta Idaman, Netizen Puji Utamakan Keluarga – ‘Patutlah Murah Rezeki’

Respon Zizan

Menerusi hantaran terkini di Threads, Zizan atau nama lengkapnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, mengakui dia tidak ada masalah melihat ramai yang menggunakan wajahnya untuk gurauan.

Bagaimanapun, Zizan kesal apabila wajahnya disunting secara keterlaluan sehingga didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.

Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa hari ini diedit dan diubah menjadi kelakar boleh, tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam. 

Dalam masa yang sama, teraju utama filem Polis Evo ini turut mendakwa terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyunting wajahnya bagi tujuan mempromosikan produk tanpa kebenarannya.

Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan produk masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya.

Jadi renung renungkanlah jika ingin berniaga secara halal.  

Terdahulu, tular di Threads beberapa gambar Zizan telah disunting menggunakan AI yang didakwa menyerupai wanita serta agama lain.

Sumber: Threads