Semalam, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon cantik jelita, Izara Aishah mempersoalkan lambakan personaliti media sosial diambil menjadi pelakon di kaca televisyen telah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan juga penggiat seni.
Artikel Berkaitan:Izara Aishah Pelik Kenapa Stesen TV Ambil Ramai Instafamous Jadi Pelakon
Terbaru, pelakon popular iaitu Rita Rudaini turut terpanggil untuk mengulas dan memberi pendapat mengenai kenyataan tersebut.
Respon Rita Rudaini
Foto: InstaStory Rita Rudaini
Menerusi perkongsian Rita Rudaini di Insta Story, dia memaklumkan bahawa pada zaman dahulu sebelum diangkat menjadi pelakon, stesen televisyen akan memandang bakat yang ada pada seseorang terlebih dahulu sebelum memilih paras rupa. Tetapi pada zaman kini, sebaliknya pula yang berlaku apabila dia mendakwa stesen televisyen menjadikan paras rupa itu sebagai satu tanda aras utama yang perlu ada sebelum bergelar pelakon sementara bakat pula menjadi aspek kedua yang dititikberatkan.
Alasan penonton nak. Yeke? Penonton juga yang nama naik. Penonton bijak la tapi tetap kata penonton yang pilih. Memang kita perlu pelapis tapi pelapis yang dah ditapis.
Jelasnya lagi, lakonan daripada para pelakon tersebut memang nampak ‘sempurna’ di kaca televisyen tetapi hakikatnya ianya tidak seindah seperti yang ditonton. Hal ini kerana, kesemua adegan dalam drama telah disunting oleh krew produksi sebelum disiarkan untuk tatapan para penonton.
Jangan segan timba ilmu
Foto: InstaStory Rita Rudaini
Malah, tambahnya lagi, untuk menjadi seorang pelakon yang berkualiti, mereka sepatutnya tidak segan untuk bertanya dan menimba ilmu lakonan daripada orang berpengalaman dan bukannya sekadar duduk di set bermain telefon.
Dulu ada juga telefon tapi takde lah sibuk dengan telefon masa dalam set. Sebab takut nanti ‘hidangkan taik’ dalam monitor dekat director.
Bukan itu sahaja, Rita turut membandingkan industri hiburan luar negara yang sanggup memberi tunjuk ajar dan menyediakan kelas lakonan serta nyanyian semata-mata mahu melahirkan penggiat seni yang berkualiti.
Sumber: Rita Rudaini