Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kira-kira pukul 10.49 pagi bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Sahabat Kerana Meluangkan Masa Tulis Nota Yang Sangat Bermakna’
Artikel berkaitan: Keluarga Benarkan Hafidz Roshdi Kahwin Tanpa Izin Isteri? – Shuhada Balas Balik Surat Terbuka
Artikel berkaitan: [VIDEO] Mohon Ikat Jamin Dikurangkan, Hafidz Roshdi Hilang Tawaran Berlakon
Kes lafaz cerai
Hafidz yang dilihat memakai kemeja berwarna merah gelap diiringi keluarganya itu kelihatan tenang tatkala memasuki mahkamah sebentar tadi.
Menerusi laporan Xtra, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei bagi sebutan semula kes cerai pelakon tersebut dengan isterinya.
Sebelum ini, timbul isu baharu apabila Shuhada mendakwa pelakon ‘Tundukkan Playboy Itu’ ada melafazkan cerai lebih awal melalui mesej di aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.
Selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut, hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh 9 Mei.
Kami baru terima semalam salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.
Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntuan balas itu.
Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie Ummi Kartini Abd. Latiff.
Terdapat isu baharu
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Shuhada, Nurfarhana Abd. Manaf mengesahkan pihaknya telah memfailakan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.
Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApps. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes.
Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai itu.
Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Shuhad dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Adik Shuhada sebelum ini turut memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.
Terdahulu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Pelakon tersebut membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Sumber: Xtra