berita

[VIDEO] Mohon Ikat Jamin Dikurangkan, Hafidz Roshdi Hilang Tawaran Berlakon

March 13th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Krisis yang melanda rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mendapat perhatian umum termasuklah penerbit dan syarikat produksi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Masih Ada Rasa Cinta Terhadap Shuhada

Hilang pendapatan

Berdepan pertuduhan mencederakan isteri, pelakon berusia 29 tahun ini dikhabarkan telah hilang sumber pendapatan selepas beberapa syarikat penerbitan menarik semula tawaran berlakon terhadapnya.

Berikutan pertuduhan itu, Hafidz yang diperintahkan membayar ikan jamin oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru telah memohon agar dikurangkan ikat jamin melalui penguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader atas alasan menanggung dua orang anak.

Beliau kehilangan pendapatan selepas beberapa produksi menarik balik tawaran berlakon susulan kontroversi dihadapi selain mempunyai tanggungan dua anak.

Beliau juga mengidap gangguan bipolar, namun menjelaskan bahawa ia bukan masalah mental yang serius seperti masalah skizofrenia.

Terdahulu, hakim yang bertindak sebagai majistret telah memutuskan pelakon filem Pusaka itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta beberapa syarat tambahan.

Ini termasuk dia dikehendaki menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan menjalani penilaian psikiatri. Selain itu, terduduh juga tidak boleh mengganggu mangsa secara terus atau melalui ejen dengan apa cara sekali pun. Manakala syarat seterusnya, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah. Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

Sebentar tadi, Hafidz mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Siti Fatimah Talib berhubung pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Video

@ohbulanofficial

Hafidz Roshdi masih ada rasa cinta terhadap Shuhada ? #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #hafidzroshdi #masih #ada #rasa #cinta #kepada #shuhada

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×