berita

Isu Langgar SOP PKPB, Young Syefura Tampil Buat Laporan Polis

November 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kes pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Yb Young Syefura mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Siap Pergi ‘Picnic’ Semasa PKPB & Tak Pakai Mask, Young Syefura Didesak Letak Jawatan

Terbaru, menerusi posting Facebook Syefura, menjelaskan beliau sudah memberi keterangan di IPD Sepang berkenaan isu pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tampil buat laporan

Menerusi posting yang dimuat naik semalam, menjelaskan beliau sudah dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan hadir bersama peguamnya. Beliau turut menjelaskan, semua keterangannya sudah diambil dan beliau ketika itu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

Pada masa yang sama, beliau turut mengharapkan tindakan yang bakal diambil adalah adil dan saksama tanpa ada sebarang layanan yang berbeza walaupon statusnya sebagai Wakil Rakyat. Pada akhir posting tersebut, beliau sekali lagi memohon maaf atas insiden yang telah berlaku itu.

Langgar SOP

Terdahulu, Syefura dikecam apabila memuat naik sekeping gambar sedang ‘berkelah’ di Avani Sepang GoldCoast Resort. Gambar tersebut meraih kecaman netizen, kerana kesemua individu yang berada di dalam gambar tersebut, tidak memakai pelitup muka, dan tidak ada sebarang penjarakan sosial antara mereka yang sepatutnya dipraktikkan.

Sumber: Young Syefura

SKIP THIS AD ×