berita

Isu Lawak Lucah, Pelajar Ini Dakwa Terima Surat Amaran Bakal Dibuang Sekolah

May 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Selangor mendakwa telah terima kata-kata berunsur lucah oleh gurunya ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Pelajar tersebut bagaimanapun telah membuat laporan polis selepas guru berkenaan ada menyebut mengenai elemen rogol yang mendatangkan kegusaran serta tidak senang hati kepadanya.

Artikel berkaitan: Dipercayai Sebut Unsur ‘Rogol’ Dalam Kelas, Polis Sudah Ambil Keterangan Guru & Pelajar

Terbaharu, memetik laporan Sinar Harian, pelajar berkenaan melauhkan rasa kecewa apabila didakwa pihak sekolah memberi surat amaran pertama untuk membuangnya disebabkan kelantangan di media sosial.

Terima surat amaran dari sekolah

Pelajar itu mendakwa menerima surat amaran pertama selepas tidak hadir ke sekolah selama tiga hari. Dia bagaimanapun akan tetap bersangka baik dan tidak mahu membuat sebarang andaian mengenai perkara itu.

Saya telah terima surat amaran pertama disebabkan tidak menghadirkan diri ke sekolah selama tiga hari. Hari yang sama ayah saya bertemu dengan pengetua sekolah. Hari berkenaan pengetua kelihatan menyokong saya tetapi lain pula berlaku pada hari berikutnya.

Di manakah kita sebagai pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Saya mendapat surat amaran bahawa saya akan diusir kerana bercakap mengenai perkara yang betul. Guru itu dan pelajar yang membuat ancaman rogol tidak diambil tindakan terhadap mereka tetapi saya diusir. Ini akan merosakkan hidup saya.

‘Ajarlah anak kurang ajar’

Sementara itu, pada hari yang sama ayah kepada remaja berkenaan iaitu Saiful Nizam memuat naik tangkap layar di Facebook mendakwa terima komen yang dilakukan oleh seorang guru di sekolah anaknya.

Pengguna Facebook itu dipercayai adalah pengetua sekolah dengan meninggalkan komen menggelar remaja itu sebagai munafik dan anak perempuan yang kurang ajar menerusi satu poster forum dalam talian yang bertajuk ‘Speak Up!’.

Sumber: Sinar Harian, Ain Husniza

SKIP THIS AD ×