Meskipun sudah seminggu berlalu, kisah perkahwinan penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial Ubai MZ terus menjadi topik bualan wargamaya hingga hari ini.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Serabut Tengok Ibu Bapa Gaduh – ‘Lantaklah, Setakat Itu Jodoh Mereka’
Artikel Berkaitan: Kehidupan Fauziah Sarman Huru Hara, Nak ‘Let Go’ ND Lala
Selain kisah Shila dan Ubai, berita perceraian bapa kepada penyanyi itu, Datuk ND Lala dan ibunya Fauziah Sarman turut menyorot perhatian orang ramai.
Syada pelik
Sementara itu, adik kepada Shila yang juga penyanyi Syada Amzah seakan meluahkan isi hatinya berhubung kisah perkahwinan dan perceraian yang melibatkan keluarganya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Syada meluahkan rasa kesal apabila pendekatannya untuk berdiam diri tanpa menjawab pertanyaan berkaitan isu yang timbul telah menjadi persoalan ramai pihak.
Tak jawab interview, orang kata kita sombong, jawab interview orang kata kita lebih sudu dari kuah. Jadi, kita kena buat apa sebenarnya?
Dalam perkongsian yang sama, Syada turut menegaskan segala isu yang melibatkan hal keluarganya tidak sepatutnya dicampuri oleh pihak luar.
Isu parents, isu kakak. Itu darah daging saya. Tapi orang luar pula menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family? My brain is not braining.
Difahamkan, kenyataan tersebut ditujukan kepada netizen yang mempersoalkan setiap tindakan Syada.
Nama Syada mula menjadi bualan ramai selepas dia dilihat tidak memuatkan status atau gambar perkahwinan kakaknya, Shila dan Ubai pada 5 Ogos lalu.
Malah dia juga didakwa tidak turut serta pada sesi bergambar keluarga dan dipercayai mengikut bapanya meninggalkan majlis akad nikah.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: Instagram