berita

Isu Pembesar Suara Untuk Azan Di Penang Selesai, Netizen Mahu Polis Siasat Individu Cetuskan Perbalahan

May 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai sepotong video mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan yang dibangkitkan pada mesyuarat Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah kondominium di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Pengalaman, Setuju Larangan Penggunaan Pembesar Suara Luar Surau Untuk Kuliah

Larangan speaker untuk azan?

Menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter bernama Amran, dia menjelaskan punca sebenar isu tersebut timbul dalam kalangan penduduk di kondominium berkenaan.

Ini kerana, penduduk beragama Islam di situ tidak berpuas hati apabila pihak JMB kondominium tersebut melarang penggunaan pembesar suara di surau yang beroperasi dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di situ.

Ok lah memandangkan ramai  yang jenis pantang ada isu semua nak kait dengan politik, ni Amran explain detail sikit pasal isu azan dekat Penang tu.

Isu ni berlaku dekat sebuah kondominium dekat Tanjong Tokong. Dorang ada buat meeting dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB). Benda ni jadi kecoh bila ada yang usulkan pasal laungan azan.

Makanya jadi marah lah penduduk beragama Islam yang ada dalam tu. Bila dah bertekak, Pejabat Agama Daerah Timur Laut pun turun untuk berbincang dengan JMB dan pihak pengurusan surau.

Bagaimanapun, difahamkan isu berkenaan sudah pun selesai selepas mencapai kata sepakat. Malah, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung perkara tersebut.

Persetujuan pun dah dicapai. Isu pun dah selesai. Mufti Pulau Pinang pun dah keluar kenyataan yang pembesar suara luar boleh digunakan untuk laungan azan dan iqamah. So apa isunya lagi yang nak melalak macam dunia nak kiamat ni?

Sementara itu, pemilik akaun Twitter tersebut berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan ke atas individu yang menimbulkan isu tersebut yang dilihat sengaja mahu mencetuskan perbalahan antara kaum yang menetap di kondominium berkenaan.

Amran harap pihak berkuasa boleh lah ambil tindakkan pada mangkuk hayun yang cuba-cuba nak timbulkan ketegangan antara kaum ni.

Tak kira lah pihak yang usulkan pasal larangan azan tu ke, yang viralkan video tu ke, kalau kesan dia boleh cetuskan ketegangan kaum, elok ditangkap je terus.

Yang komen pun boleh tahan jugak, kalau tak dibendung orang-orang macam ni mau jadi pergaduhan kaum rasanya.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×