Mempunyai kediaman yang dekat dengan surau atau masjid sudah tentu menjadi satu perkara yang menyenangkan buat Muslim, namun kini timbul pula isu pembesar suara yang dikatakan mengganggu ketenteraman.
Artikel Berkaitan: Masjid, Surau Tak Dibenarkan Guna Pembesar Suara Luar Untuk Kuliah
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengamuk, Rampas Mikrofon Penceramah Dakwa Kuliah Subuh Terlalu Bising
‘Dah jadi orang pekak’
Dalam satu ciapan milik @OwToTheZie, seorang wanita yang tidak mahu namanya diketahui menghantar mesej meminta pendapat warganet tentang pembesar suara surau di kawasan rumahnya yang dia anggap mengganggu ketenteraman.
Menurut tangkap layar tersebut, wanita itu tidak mempunyai masalah dengan laungan azan, namun surau di kawasan rumahnya itu turut sekali memainkan zikir dan ceramah pada pembesar suara luar.
Salam kak. Saya nak tanya apa akak rasa, duduk di taman perumahan dan surau taman ini dari azan, zikir, ceramah dan segala-galanya pakai pembesar besar. Azan boleh diterima, ini dari azan maghrib, solat maghrib, zikir, ceramah, azan isyak, selepas itu solat isyak.
Semuanya pakai pembesar suara, Dalam rumah saya ini dah jadi orang pekak kadang-kadang sebab terlalu kuat dan lama. Apa akak rasa?
Dalam tangkap layar yang diciap selepas itu, difahamkan para penduduk di kawasan itu telah menegur Ahli Jawatankuasa (AJK) surau, namun tidak diendahkan.
Tapi orang surau ini terus buat ceramah kuat-kuat cakap mengenai hati kotor dan masukkan pasal perlu lelaki solat disurau atau masjid, tak perlu solat atau mengaji di rumah.
Ada je yang dah tegur… saya pening dah ni.
Ada juga siap tangkap layar laman rasmi mufti hantar kepada kumpulan AJK surau itu. Macam biasa orang surau ini akan ‘pusing’ masa ceramah cakap pasal dakwah nabi dahulu juga begitu.
Netizen turut tidak bersetuju
Menjengah ke ruangan balas bebenang tersebut, meskipun ada netizen yang menyokong tindakan AJK surau, rata-rata warganet tidak berpuas hati dan diminta agar AJK surau berkenaan ditegur.
Terdahulu, arahan melarang penggunaan pembesar suara luar sudah dikeluarkan, bermula 23 Oktober 2017 di negeri Selangor, selaras dengan titah Sultan Selangor.
Sumber: Twitter @OwToTheZie