berita

Isu ‘Pintu Jamban Rumah Cik Kiah’, Chef Wan Mahu Lihat Persepsi Rakyat Malaysia

March 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-03-21 at 4.41.48 PM

Lebih kurang pada jam 1.30 tengahari tadi, chef terkemuka tanah air, Chef Wan telah menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto dengan caption yang mengundang kemarahan orang ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Pintu Jamban Rumah Cik Kiah’ – Chef Wan Bergurau Penemuan Pintu Kapal Terbang MAS

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya itu dilihat menyentuh sensitiviti masyarakat apabila papan berwarna putih yang digelarnya sebagai ‘Pintu Jamban Rumah Cik Kiah’ itu disangka merupakan pintu pesawat MH370.

Terkini, Chef Wan mengatakan bahawa dia sengaja berbuat sedemikian untuk melihat persepsi yang bakal dikeluarkan oleh rakyat Malaysia mengenai foto tersebut.

“Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth. Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger!

My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”. Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction! Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini.

Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes. Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful.

Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…Let us see their true colors… Remember what i said at the end of the day .The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

Menerusi penjelasan di laman Instagramnya, Chef Wan turut memberitahu bahawa dia sedia menerima natijah daripada perbuatannya itu.

Apapun, rasanya lebih molek kiranya semua pihak tidak bertindak untuk mengusutkan keadaan dan berdoa untuk kesejahteraan kesemua penumpang dan krew pesawat terbabit.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×