Nama pelakon, Mia Sara sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dikatakan menyuarakan pendapat terbuka mengenai kehidupan aktres Puteri Balqis. Menerusi beberapa komen di platform TikTok, Mia Sara dilihat membalas pertanyaan peminat tentang Puteri Balqis.
Artikel berkaitan: Mia Sara Dakwa Tiada Didikan Islamik, Puteri Balqis Naik Angin – ‘Pakai Tudung Tak Beri Anda Akses Percuma Untuk Bercakap Buruk!’
Artikel berkaitan: Dilabel ‘Syok Sendiri’ & Cuba Raih Perhatian Netizen, Mia Sara Mohon Maaf Isu ‘Tweet’ Ramai Gadis TikTok Menyerupai Dirinya
Kenapa suka putar belit?
Menerusi ayat yang dimuat naik oleh Mia Sara di TikTok, gadis ini memberitahu bahawa ramai individu sebenarnya telah salah faham mengenai maksud ayat tersebut. Tambah Mia, dia berasa hairan kenapa ayatnya sering diputar belit oleh netizen. Walaupun tidak memperincikan dengan lebih lanjut tentang ciapan tersebut, ramai beranggapan Mia memberi respon terhadap isu panas yang sedang berlegar di media sosial ketika ini.
Kenapa orang ramai selalu putar belit ayat saya?
Pengikut pelakon cilik ini bagaimanapun meminta Mia Sara tidak ambil pusing tentang isu ini dan kekal fokus dengan kehidupannya sahaja. Tambah mereka, tindakan berdiam diri seketika dan memohon maaf merupakan jalan penyelesaian yang terbaik buat Mia Sara bagi meredakan isu ini.
Betulkan tatabahasa dahulu
Terdahulu, Balqis bengang apabila nama ibunya, Norashikin Mohd. Aziz turut terkait dalam isu ini. Ujar Balqis, ibunya merupakan insan yang sangat baik dan mengajarnya untuk bercakap perkara yang baik sahaja.
Akui terkesan dengan komen tersebut, Balqis bagaimanapun memberi nasihat kepada Mia Sara agar membetulkan tatabahasa Inggeris dan cara penulisan sebelum ingin mengutuk dirinya.
Sumber: Mia Sara