Tindakan Neelofa dan Haris Ismail sebelum ini yang dikatakan merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Namun bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley telah memanggil pasangan suami ini untuk memberi keterangan.
Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa
Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah
Keterangan pemilik kedai dirakam
Memetik laporan Utusan Malaysia, keterangan telah diambil pihak polis daerah Nilai terhadap pasangan selebriti ini selama empat jam pada 2.30 petang dan selesai 6.45 petang, semalam. Keterangan diambil susulan penularan gambar dan video di sosial media yang mendakwa Neelofa dan Haris Ismail berada di sebuah premis Pusat Perniagaan Nilai 3.
Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah beberapa tindakan dikemas kini.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan fakta isu ini dan terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan awam.
Tindakan tersebut bagaimanapun turut mendapat kecaman netizen dan mempersoalkan selebriti itu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali walaupun sudah memohon maaf sebelum ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman memaklumkan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepada pasangan selebriti tersebut dalam siasatan terhadap mereka berdua. Malah, siasatan melibatkan kedua-duanya akan berjalan seperti biasa mengikut undang-undang.