Syarikat Mydin tampil memohon maaf berhubung isu reka bentuk tudung bertemakan Jalur Gemilang yang didakwa mempunyai bucu bintang tidak lengkap pada produk berkenaan.

Artikel Berkaitan: Tourism Malaysia & MYDIN Lancar ‘Jom Jalan MYDIN’ Dengan Hadiah Menarik Keseluruhan Lebih RM5 Juta

Mohon maaf

Menurut Mydin, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan sudah mengarahkan semua cawangan untuk menghentikan jualan tudung berkenaan serta-merta.

Pihak kami mengambil serius perkara ini dan telah mengarahkan semua cawangan untuk menghentikan jualan produk berkenaan serta-merta.

Semakan mendapati isu tersebut melibatkan kesilapan cetakan oleh pihak pembekal. Pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang.

Kami memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan menghargai maklum balas pihak tuan.

Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan tudung berkonsepkan Jalur Gemilang, namun reka bentuk bintangnya didakwa tidak mempunyai 14 bucu seperti yang sepatutnya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang menyifatkan perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan reka bentuk itu melibatkan simbol dan identiti negara.

Ini bukan sekadar “silap design”. Bila Jalur Gemilang terbalik, satu negara marah. Tapi produk yang dijual secara terbuka pula guna bintang yang tak cukup 14 bucu?

Kalau design guna AI sekalipun, mana due diligence sebelum mass produce? Ini lambang negara. Mydin kena ambil tanggungjawab, beri penjelasan dan tarik balik produk yang terlibat.

Sumber: Threads