berita

Isu Viral Baju Raya ‘Online’ Tak Sama Macam Iklan, Michael Ang Suruh Cermin Diri Sendiri

April 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, banyak luahan ketidakpuasan hati pelanggan yang bertebaran di media sosial gara-gara baju raya yang dibeli tidak seperti yang dibayangkan.

Artikel Berkaitan: ‘No More Bazar Ramadan Tahun Ni!’ – Michael Ang Kecewa Beli Kuih Koci Rasa Masam, Netizen Gelar Peniaga Bermusim

Cukup-cukup la viral

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang mempunyai pendapat yang berbeza kerana merasakan tindakan ‘viral’ itu tidak wajar dilakukan.

Kata Michael, keputusan untuk membeli secara atas talian (online) itu dibuat sendiri oleh pelanggan bukan ada paksaan dari peniaga.

Sudah-sudah la post cakap beli baju online tak seperti apa diiklankan. Anda semua kena ingat tau gambar diorang, model yang pakai. Anda model ke?

Kedua, anda semua beli ikut apa yang anda fikir akan muat. Dan material pun korang tengok saja kat gambar. Semua benda lepas ambil gambar dan kena ‘touch up’ cantik la. Nama pun iklan.

Ukur baju di badan sendiri

Sementara itu, pelakon berumur 46 tahun itu masih berpegang dengan prinsip untuk pergi sendiri ke butik dan cuba dahulu pakaian yang diinginkan sebelum membeli.

Saya masih rasa kalau beli baju kena cuba pakai dan pegang dulu material (kain) baru beli. Kalau beli online tu terima la apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutuk-kutuk.

Melainkan la baju sampai tu kotor ke atau sama sekali bukan apa yang anda pesan. Bagaimanapun, tak semua nak diviralkan kalau benda anda nak viralkan anda semua tak cermin diri sendiri dulu.

Perkongsian itu turut mendapat respon positif daripada warganet. Rata-ratanya bersetuju dengan suara hati pemilik nama Michael Ang Hai Swee.

@bidan_getarr: Itu la dikatakan ukur baju di badan sendiri. Nak perasan macam model tak boleh la. Badan mereka kurus. Kita gedemboi sana sini. Model pakai ‘M’ kita ambil ‘M’ juga, tak kena la kalau badan kita saiz ‘triple XXL’.

@khairul.alimi: Kena hadap risiko beli online.

@sisfa25: Beli online kena tawakal dapat macam mana pun. Kalau betul-betul defect boleh ja return atau refund. Boleh bagi feedback dekat HQ supaya tingkatkan kualiti semua. Lain kali jangan kutuk lebih sebab kadang terlepas sehelai dua. Biasa la manusia kan ada salah silap.

@delilah_zainal: Setuju! Kalau diri itu jenis cerewet beli ja la kt kedai.. tak payah beli online.

Sumber: Instagram @michaelang38

SKIP THIS AD ×