Setiap kali berkunjung ke bazar Ramadan mata siapa yang tak rambang melihat pelbagai juadah yang dijual? Namun, keterujaan untuk menikmati makanan itu boleh ‘hilang’ selepas rasa tidak sedap seperti yang disangka.
Artikel Berkaitan: Sampai Hati Peniaga Bazar Buat Macam Ni….
Kuih rasa masam
Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang antara yang mengalami situasi kecewa itu. Menurut Michael, dia sudah dua kali terkena dalam empat hari berpuasa.
Kata pelakon berumur 46 tahun itu, dia membeli kuih kochi di bazar namun tekstur juadah itu tidak memuaskan hati malah ada rasa masam seakan nak basi.
Salam semua. Semalam beli kuih buah melaka yang sekeras-keras batu kat bazar ramadan aku senyap lagi, hari ni kuih kochi yang lembik macam entah apa inti pun mcm rasa masam sikit macam dah nak basi!
Tambah pemilik nama Michael Ang Hai Swee, dia faham peniaga ingin mencari pendapatan untuk kegunaan hari raya namun perbuatan tersebut telah menganiaya pelanggan.
Semua nak cari rezeki lebih untuk raya tapi kita yang beli ni pun guna duit dari hasil kerja kita juga! Tak baik berniaga macam ni ya. Kalau nak berniaga tu buat la betul-betul sikit. No more bazar ramadan untuk tahun ni!
Peniaga bermusim namanya
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang memberitahu mereka juga mengalami situasi sama dan berlaku pembaziran gara-gara indah khabar dari rupa.
Namun, terdapat juga segelintir netizen memilih untuk tidak datang ke bazar bagi mengelakkan timbul rasa menyesal.
Sumber: Instagram @michaelang38