berita

Isu Wanita Bersalin Sendirian Tanpa Petugas Kesihatan, TMJ Bersuara – ‘Pihak Tertentu Akan Diberikan Peringatan & Amaran’

September 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang terpaksa melahirkan anaknya secara bersendirian tanpa bantuan doktor dan jururawat selepas disahkan positif Covid-19.

Ditinggal seorang diri dalam bilik bersalin

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Noor Aziah menerusi laman Twitter. Menurutnya, dia disahkan positif selepas menjadi kontak rapat kepada suaminya.

Cerita lebih lanjut, dia ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup dan doktor melakukan persiapan untuk melakukan pembedahan. Pada pukul 5.40 petang, doktor dan jururawat kemudiannya telah keluar dan meninggalkan dia berseorangan.

Tepat jam 6.03 petang, Aziah terpaksa melahirkan anak sendirian di dalam bilik bersalin selepas cubaan memanggil petugas kesihatan gagal.

JKNJ sahkan dakwaan berasas

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan kenyataan aduan wanita berusia 36 tahun itu adalah berasas. Malah, JKNJ akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Instagram Stories miliknya memaklumkan dia sudah menerima laporan daripada JKNK.

Tegas baginda, pihak terlibat akan diberi amaran dan peringatan supaya insiden tersebut tidak berulang lagi.

Saya telah menerima laporan dari JKNJ dan melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi.

 

Sumber: Twitter @JalalMisai_2, Facebook JKNK, Instagram @hrhcrownprinceofjohor

SKIP THIS AD ×