berita

‘Itu Bukan Anak Saya’ – Respon Ayah Haziq Isu Video Intim Mirip Menteri

June 14th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini viral di media sosial video pengakuan bekas setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama yang mendakwa bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video lucah. Haziq turut mendakwa individu yang bersamanya di atas katil dalam klip video itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terbaru, ayah kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz memberi respon terhadap kontroversi melanda itu. Menurutnya, dia yakin individu yang didakwa bersama Mohamed Azmin Ali bukan anaknya.

Saya tak rasa itu anak saya

Saya sudah tengok klip video pengakuan dan video lucah itu. Video lucah itu nampak meragukan, saya tak rasa itu anak saya.

Menerusi Malaysiakini, ayah kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz menafikan individu di dalam video itu merupakan anaknya.

Abdul Aziz turut memaklumkan bahawanya anaknya adalah seorang heteroseksual. Dia turut berhubung dengan Haziq semalam, namun tidak memberitahu secara terperinci mengenai perbualan mereka.

Bukan anak saya

Bagaimanapun, saya tengok video pengakuan itu berapa kali, kerana saya yakin itu bukan anak saya. Saya menganalisis klip video itu, teliti postur badannya, gerak dan suaranya, dengan harapan ia palsu.

Haziq turut membuat laporan polis di Kelana Jaya dan mendakwa dia bimbang dengan keselamatan dirinya. Haziq sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.

Sumber : Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×