berita

‘Itu Dia Pakai Tudung Mesti Jahat Punya’ – Dakwa Kapten Bas Brek Mengejut, Penumpang ‘Naik Hantu’

December 24th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Satu video merakamkan kekecohan dalam sebuah bas percuma GO KL menjadi buah mulut netizen semalam. Dalam video tersebut seorang ibu dalam lingkungan 30-an memaki hamun pemandu wanita yang dikatakan sengaja menekan brek sehingga menyebabkan anaknya hampir dihempap. Kekecohan tersebut dirakamkan seorang penumpang lain dan mendapat ribuan perkongsian di Facebook.

Dimarahi, dimaki penumpang dengan anak

Dalam kejadian tersebut, wanita berkenaan memarahi pemandu berkenaan kerana mendakwa pemandu telah menekan brek sehingga hampir menyebabkan anak kecilnya hampir dihempap penumpang lain. Wanita itu juga turut mengugut untuk membuat laporan kepada pihak syarikat bas dan memastikan pemandu berkenaan tidak lagi dapat bekerja di situ.

Si ibu yang berkali-kali mencetuskan provokasi itu bagaimanapun sempat ditenangkan oleh penumpang lain yang menerangkan situasi dihadapi pemandu. Pemandu tersebut bagaimanapun tenang meneruskan pemanduan tanpa terkesan dengan kemarahan wanita terbabit.

Pemandu minta maaf

Enggan menjadikan salah faham itu berlarutan, pemandu wanita tersebut kemudiannya meminta maaf kepada penumpang berkenaan.

Hello miss, saya minta maaf, ampun, sorry. Saya tak sengaja brek, sebab ada kereta tadi. Kereta dari belakang mencelah sebab itu terpaksa brek. Bukan sengaja nak brek emergency. Kalau sengaja, setiap kali berhenti saya brek kecemasan.

Sumber: Samad dan Said

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×