berita

‘Itu Hal Peribadi, Seeloknya Berdamai’ – Dr Zulkifli

July 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, nama Caprice mendapat perhatian ramai dan trending di media sosial apabila dia didakwa ingin ‘mendedahkan’ sesuatu berhubung politik Malaysia yang telah berlaku di bumi Palestin. Caprice menerusi IG Stories sebelum ini, juga memberi teguran kepada pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew berhubung caranya menghulurkan bantuan di sana.

Artikel berkaitan: ‘Insyallah Saya Bersama Anda’ – Firdaus Wong Sokong Caprice

Artikel berkaitan: ‘Apa Kau Buat Ni Dik, Hancur Masa Depan Sebab Kebodohan’ – Nabila Huda

Terbaharu, isu tersebut juga telah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli.

Seelok-eloknya berdamailah

Sumber foto: Ebit Lew

Memetik laporan Al-Hijrah Online, Datuk Seri Dr Zulkifli hanya menasihati kedua-dua ikon masyarakat ini supaya berbaik-baik semula dan menyelesaikan segala perselisihan faham yang berlaku di antara mereka.

Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini seelok-eloknya berdamai. Walaupun ia membabitkan hal peribadi tetapi kedua-dua individu terkenal itu harus bersikap positif.

Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa, tapi itu hal peribadi, seeloknya berdamai.

Sumber: Al-Hijrah Online

SKIP THIS AD ×