Isu penyanyi rap, Caprice yang sedang kecoh di media sosial susulan kenyataan yang dipercayai tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit dilihat semakin rancak apabila pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan sokongannya terhadap Caprice.
Artikel berkaitan:Jumpa Caprice Di Mesir ‘Bincang’ Isu Viral, Lelaki Ini Cerita Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Artikel berkaitan: ‘Selesai Dengan Baik, Tak Payah Gaduh-Gaduh’ – Sharnaaz Ahmad Tempelak Caprice Buat Netizen Puas Hati
Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Boleh Tidur’ – Caprice Sedih Sahabat Baik Tiba-Tiba Senyap & Tak Bagi Kerjasama Selepas Isu Viral
Stand strong brother!
Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan.
Di Facebook, Firdaus yakin Caprice seorang yang tabah apabila menghadapi reaksi orang ramai susulan kenyataan yang dibuat. Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.
Hidup ini sering menghadirkan pilihan buat setiap insan. To go with the flow and the crowd maka hidup akan disukai insan lain atau to go with the truth and principle dari Quran & Sunnah yang mungkin menyebabkan kita head on collision dengan public figure yang disukai sehingga kita akan dicaci dan dihina? Saya lebih memilih to go with the truth and principle. Nak play safe dan mendiamkan kemungkaran bagi saya bercanggah dengan best practice ajaran Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu apabila nampak kemungkaran cegah dengan tangan dan jikalau tidak mampu dengan lisan dan selemah lemah iman adalah sekadar membenci dalam hati.
Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada segelintir individu mahu ‘unfollow’ ataupun caci maki dirinya berhubung isu ini. Firdaus turut memberitahu bahawa dia sudah memaafkan semua pihak seandainya mereka melakukan hal tersebut kerana kejahilan.
Kami ada prinsip
Posting Firdaus ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Menurut netizen, mereka tidak kisah seandainya pendakwah tersebut mahu menyokong Caprice. Namun begitu, sebagai masyarakat di Malaysia, mereka berharap Firdaus dapat memberi nasihat kepada Caprice supaya tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk di negara luar tatkala negara kita sendiri sedang menghadapi kemelut Covid-19.
Sumber: Firdaus Wong