berita

‘Ivy Sentiasa Dalam Penjagaan Saya Sehingga Kes Induk Selesai’ – Fatin Afeefa

August 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Fatin Afeefa

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila kes hadanah interim melibatkan anaknya bersama bekas suami, aktor Adam Shahz iaitu Ivy Herra Sophia telah selesai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa Tayang Duit Ikat Pakai Getah, Netizen Risau Jadi Mangsa Ragut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sempena ‘Birthday’ Fatin Afeefa, Opai Hadiahkan Jam Tangan Rolex Dianggar Cecah RM49K

Hadanah interim selesai

Fatin Afeefa

Menerusi hantaran di Instagram Story, Fatin bagaimanapun berkata kes hadanah induk masih lagi berjalan dan dalam tempoh tersebut, Ivy masih lagi di bawah hak penjagaanya.

Alhamdulillah kes hadanah interim selesai. Kes induk hadanah masih lagi berjalan.

Bersyukur kepada Allah. Ivy akan sentiasa dalam penjagaan saya sehingga kes induk ini selesai.

Dalam hantaran sama, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, turut memuat naik gambar swafoto dirinya yang dipercayai diambil di perkarangan kompleks mahkamah.

Pada Mac lalu, Fatin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz tidak menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anak mereka.

Mahkamah kemudian memberikan tempoh hak penjagaan anak sementara atau hadanah interim kepada pelakon filem Tentang Bulan itu.

Sebelum ini, Fatin telah memfailkan bantahan terhadap Adam yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×