Pelakon Izreen Azminda terpaksa dibawa ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Selesai Cara Adil & Saksama’ – Izreen Azminda Beri Penjelasan Teruskan Kes Saman Terhadap Intan Saleh
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Tahun Ini’ – Izreen Azminda Hamil Anak Keempat
Keracunan makanan
Izreen yang kini sedang hamil anak keempat berkata, tubuh badannya menggigil selepas keracunan makanan.
Kali terakhir kena tahun 2022 kalau tidak silap, ini kena lagi. Keracunan makanan. Menggigil-gigil aku.
Dua kali ganda teruk sikit dari sebelum ini, mungkin sebab mengandung kot.
Izreen berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, pada Sabtu.
Dalam hantaran sama, Izreen turut memuat naik foto memaparkan keadaan tangannya yang dimasukkan air.
Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.
Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram