berita

‘Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Tahun Ini’ – Izreen Azminda Hamil Anak Keempat

February 16th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Izreen Azminda

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon, Izreen Azminda berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil cahaya mata keempat.

Artikel Berkaitan: Izreen Azminda ‘Meletop’ Dengan Intan Saleh, Dakwa Bertahun Kena Buli & ‘Provoke’ – ‘Selama Ini Aku Taat Dengan Permintaan Ude’

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Tahu Saya Tak Ada Duit Berpuluh Ribu Nak Hire Peguam Untuk Pertahankan Diri’ – Intan Saleh

Hamil anak ke-4

Izreen Azminda

Menerusi perkongsian di Instagram, Izreen memuat naik sekeping foto memperlihatkan bentuk perutnya yang hamil (baby bump) beserta kapsyen rasa syukur kepada Allah.

Bagaimanapun pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu tidak mendedahkan usia kandungannya.

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tahun ini.

Dalam perkongsian sama, aktres berusia 38 tahun itu turut mendoakan para wanita di luar sana yang berjuang untuk mendapatkan cahaya mata agar tidak berputus asa.

Bagi yang tengok gambar ini, saya doakan buat awak semua pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, insya-Allah.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah buat Izreen.

Sekadar info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×