berita

Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Melampau Di Universiti, Gadis Buat Laporan Polis

March 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Akhir-akhir ini, isu keganasan seksual semakin meningkat saban hari dan ia merisaukan pelbagai pihak. Apa yang lebih mengejutkan apabila kejadian tidak bermoral ini, dilakukan sendiri oleh mereka yang rapat dengan mangsa. Kejadian tersebut secara tidak langsung akan membuatkan mangsa menjadi trauma dan akan memberi impak terhadap emosi mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Abang Saya Orang Baik, Pakai Jubah, Serban…’ – Ibu Tergamam Bila Anak Cerita Dirogol Lima Kali Oleh…

Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…

Artikel Berkaitan: Gadis Mengaku Hidap Kanser Nak ‘Cover’ Perut Semakin Membesar, Bila Disiasat Angkara Bapa

Seperti perkongsian seorang gadis mendakwa dirinya telah menjadi mangsa keganasan seksual yang telah dilakukan sendiri oleh pensyarahnya yang sudah berusia 62 tahun. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu thread ringkas di laman Twitter.

‘Makin lama makin melampau’

Susulan apa yang telah terjadi, gadis ini telah tampil membuat laporan polis bagi tindakan yang selanjutnya. Pada mulanya, dia berasa malu dengan apa yang telah terjadi namun, dia memberanikan diri untuk mengambil tindakan kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Gadis itu mendakwa pensyarahnya telah memaksanya dan telah bertindak di luar kawalan dengan menyentuhnya. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga dipercayai telah mencium dan bertindak memegang di tempat yang tidak sepatutnya dipegang. Apa yang lebih mengejutkan apabila pensyarah itu turut mempelawa gadis tersebut untuk dijadikan ‘gadis belaannya‘ (sugar baby).

Laporan polis dibuat

Whatsapp mohon maaf

Sekadar gambar hiasan

Sejurus laporan polis itu dibuat, pensyarah tersebut telah tampil memohon maaf kepada gadis tersebut atas apa yang telah terjadi. Pada masa yang sama, dia turut meminta ‘budi bicara’ gadis itu untuk menarik semula laporan yang telah dibuat kepadanya.

Wahh rasuah takpa sir. Saya forward kepada polis. Biar polis makan rasuah sir.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga telah menyesal dengan apa yang telah terjadi dan berjanji kejadian seumpama itu tidak akan lagi berlaku selepas ini.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×