Sekadar Gambar Hiasan
Isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak bukan satu isu yang baru di negara kita. Bahkan, saban hari berlakunya peningkatan kes-kes seumpama ini. Lagi mengejutkan, apabila kegiatan tidak bermoral ini dilakukan sendiri oleh anggota keluarga mangsa itu sendiri. Penderaan seksual yang dilakukan secara tidak langsung, membuatkan mangsa trauma dan sekali gus memberi kesan terhadap emosinya.
Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…
Artikel Berkaitan: Akibat Berjauhan Dan Lama Tidak ‘Dilayan’ Suami, Ibu Cabul Anak Sendiri
Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami
Terbaru, seperti perkongsian seorang doktor dikenali sebagai Dr Samhan, di laman Twitter, tampil menceritakan satu kisah di mana seorang kanak-kanak berusia lima tahun, telah dirogol. Lagi mengejutkan, apabila perogol kepada kanak-kanak malang ini merupakan bapa saudaranya sendiri. Kejam!
Ini kerja gila!
Jelas Dr Samhan, Jabatan One Stop Crisis (OSCC) merupakan jabatan kecemasan yang diwujudkan bagi kes-kes melibatkan kanak-kanak yang dicabul, dirogol dan didera secara fizikal dan mental. Namun, pada satu hari dia tergamam, apabila menerima satu kes di mana seorang kanak-kanak yang masih kecil, berusia lima tahun, telah dirogol.
Mula menunjukkan perangai pelik
Walaupun tergamam mendengar berita itu, dia harus bersikap profesional dalam mengendalikan kes seumpama ini. Pada mulanya mangsa seperti ketakutan, dan hanya berselindung di sebalik ibunya. Bahkan, si ibu turut menceritakan tanda-tanda pelik yang ditunjukkan oleh mangsa selepas insiden itu berlaku.
Namun, pada satu hari wanita ini terkejut apabila anaknya ‘meracau’ dalam tidur seperti takut kepada seseorang.
Jangan pakcik, sakit. Jangan. Ika tak mahu
Diperkosa seorang lelaki
Bila disoal, ibu kepada mangsa akhirnya membuka mulut dan menceritakan apa yang telah terjadi kepada anaknya. Jelas wanita itu, lelaki yang bertanggungjawab merogol anaknya merupakan abang kandungnya sendiri yang sering datang ke rumah jika suaminya bekerja di luar kawasan.
Pada masa yang sama, mangsa sempat menceritakan semula apa yang telah terjadi di antara dia dan bapa saudaranya. Lebih kejam, apabila kanak-kanak tidak berdosa ini telah dirogol sebanyak lima kali dan perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia trauma dengan mana-mana lelaki.
‘Kami memang tak sangka’
Siapa sangka, di sebalik imej bapa saudaranya yang lengkap memakai jubah, serban dan sering kali ke masjid tetapi sanggup melakukan aktiviti terkutuk itu terhadap anak saudaranya sendiri. Pada masa yang sama, doktor ini turut menyeru kepada ibu bapa di luar sana untuk mendedahkan mengenai pendidikan seksualiti terhadap anak-anak mereka.
Bahkan, pendedahan ini akan membuatkan anak-anak lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang mereka kenal.
Sumber: Dr Samhan