berita

‘Jaga Laki Bini Sendiri La…’ – Tania Hudson ‘Sound’ Netizen Sibuk Hal Rumah Tangga Natasha Hudson

December 8th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Natasha Hudson dikhabarkan selamat berkahwin buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan. Pasangan itu telah diijabkabul pada jam 8.30 malam dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

Adik kepada pelakon itu, Tania Hudson memuatnaik beberapa foto upacara akad nikah mereka di Instastory. Namun begitu, seolah ada sesuatu yang tidak kena apabila Tania Hudson meninggalkan pesanan buat netizen. Apa yang berlaku?

I will always be here

Tak payah jaga tepi kain orang

Jangan jatuhkan orang

Status ini turut dimuatnaik pelakon Tania Hudson seolah memberi bayangan ‘sound’ netizen yang sibuk hal rumah tangga kakaknya. Dia juga meminta supaya netizen memahami situasi yang telah dihadapi kakaknya itu. Malah, dia menyifatkan platform sosial media bukan digunakan untuk menjatuhkan mana-mana individu.

Apa-apapun, ucapan tahniah buat Natasha Hudson dan suami atas perkahwinan mereka!

Sumber: Tania Hudson