berita

‘Jaga Spender Sendiri Takut Koyak Nanti’ – Dato’ Red Warning Pihak Masuk Campur Rumah Tangga

March 26th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Penyanyi Adira menerima perkhabaran sedih apabila bapanya Suhaimi Rajiman meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 21 Mac lalu.

Satu status Instagram Adira menimbulkan tanda tanya apabila seolah membayangkan kedudukan rumah tangganya.

‘Balik sendiri dah biasa’

https://www.instagram.com/p/BvbNMiAnZSG/

Adira menerusi Instagramnya telah membuat repost satu foto yang dimuatnaik kelab peminatnya yang mengucapkan semoga dia tabah menghadapi ujian berlaku. Menurut pengendali akaun kelab itu lagi, Adira pulang bersendirian ke kampung sedangkan anaknya tidak tahu entah ke mana.

Penyanyi beranak dua itu kemudian membalas pos itu dengan mengatakan dia sudah terbiasa dengan keadaan itu. Ujarnya lagi, ‘orang tu’ sedang bergembira sedangkan dia bersedih. Malahan, dia terpaksa tergesa-gesa balik kerana anak dikatakan dibawa tanpa kebenarannya.

Peminat doakan yang terbaik

Pos Adira itu mengundang komen-komen peminatnya yang mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga penyanyi itu. Mereka juga menasihatkan bekas peserta Akademi Fantasia itu untuk kurang memberi bayangan keadaan rumah tangga untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Netizen nasihatkan Dato Red teman

Respon Dato Red

Dato Red menerusi IG storynya membuat kenyataan seakan amaran kepada pihak yang dikatakan cuba campur tangan dalam urusan rumah tangganya.

Menurut suami Adira ini lagi, perhubungan rapat dengan seseorang artis itu bukanlah tiket untuk jaga tepi kain orang.

Sumber: Adira, Dato Red

SKIP THIS AD ×