Satu insiden di mana seorang pemandu wanita tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang telah mencetuskan kekecohan.
Artikel Berkaitan: Pemandu Kontena Maut, Nahas Tujuh Kenderaan
Artikel Berkaitan: Aliran Trafik Sesak, Lima Kenderaan Terbalik Di Genting Sempah
Lalu lintas sesak
Menerusi satu hantaran di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pihaknya menerima maklumat kejadian yang berlaku pagi tadi telah mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.
Pagi ini min (admin) dimaklumkan berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan utama sekali gus menyebabkan lalu lintas menjadi sesak.
Walau bagaimanapun, siasatan mendapati pemandu itu berbuat demikian kerana telah diserang rasa cemas melampau atau ‘anxiety attack’.
Hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik dan pasukan ITIS DBKL serta dibantu oleh pasukan PDRM, situasi telah dapat dikawal dengan segera.
Pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami anxiety, telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya dan kenderaan itu kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan.
Di samping itu, pihak DBKL turut berharap agar semua terlindung daripada sebarang perkara yang tak terduga.
Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur