berita

Aliran Trafik Sesak, Lima Kenderaan Terbalik Di Genting Sempah

December 23rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 42.9 arah Kuantan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan lima kenderaan telah mengakibatkan aliran trafik sesak sejauh 1.8 km.

Artikel Berkaitan: Rempuh Pembahagi Jalan & Pokok, Empat Mangsa Terlibat Dalam Nahas Ambulans

Artikel Berkaitan: Digilis Lori Pasir, Penunggang Motosikal OKU Maut Di Tempat Kejadian

Lorong terhalang

Menerusi laman Facebook rasmi Lebuh Raya Pantai Timur, keadaan trafik kini sesak dari KM 41.4 sehingga ke lokasi kemalangan kerana semua lorong terhalang susulan lima buah kenderaan terbalik.

Sementara itu, rata-rata orang awam mengutarakan pendapat mereka berhubung jalan terbabit. Warga facebook juga memohon agar pihak pengurusan cakna rentetan kemalangan yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.

Maklumkan kepada pihak pengurusan, buat jalan kecemasan untuk kenderaan yang putus brek berhenti di selekoh. Banyak sangat nyawa terkorban di kawasan ni.

Sementara itu, salah seorang warga Facebook juga menegaskan kawasan itu merupakan kawasan paling kerap berlaku kemalangan, dalam setahun beberapa kali kenderaan berat seperti lori terbabas jatuh ke gaung.

Berikutan itu, ramai pihak mendoakan agar aliran trafik kembali pulih selain turut bersimpati dengan keselamatan mangsa-mangsa yang terlihat.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×