
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra menyifatkan pembelian jam tangan jenama mewah, Cartier sebagai satu pelaburan jangka panjang dan bukannya demi gaya semata-mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah Berjaya ‘Paw’ Abah, Miliki Jam Tangan Cartier
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Enggan Dedah Harga Jam Cartier Qadejah – ‘Sejujurnya Tak Mampu Beli, Tapi Anak-Anak Adalah Kekuatan Saya’
Aset

Ketika ditemui OhBulan!, Qadejah yang mesra disapa Cess berkata dia hanya mencuba nasib dengan meminta jam tangan mahal namun tidak menyangka permintaannya itu ditunaikan oleh bapanya.
Menurutnya, pembelian jam tangan itu juga memberikan pulangan hebat kerana setiap tahun harganya akan meningkat menjadi lebih tinggi.
Sebenarnya tiada sebab khusus. Saya cuma lihat ramai orang buat konten minta hadiah daripada abang atau ahli keluarga.
Jadi saya pun cuba, mana tahu dapat. Bagi saya, Cartier ni, setiap tahun atau lima hingga tujuh bulan pun harga boleh naik. Jadi kenapa tidak beli?
Saya rasa jam seperti ini bukan sekadar aksesori, tapi satu aset.
Cess berkata demikian ketika ditemui di kediaman Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara, Selangor, pada Selasa.
Dalam pada itu, Cess tidak menganggap dirinya seorang yang ‘high maintenace‘ malah percaya pembelian barangan mewah hanyalah untuk menghargai diri.
High maintenance itu bukan sesuatu yang memalukan. Ia menunjukkan kita tahu nilai diri kita. Kalau kita mampu, apa salahnya?
Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Dan kalau ia boleh beri inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai diri, kenapa tidak?
Sebelum ini, Cess mencuri perhatian apabila berhasil memujuk bapanya untuk merealisasikan impiannya memiliki seutas jam tangan Cartier yang mencecah harga puluhan ribu.






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

