![[VIDEO] Qadejah Berjaya ‘Paw’ Abah, Miliki Jam Tangan Cartier](https://asset.ohbulan.com/2025/07/cess-cartier-dua.jpg)
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra berkongsi berita gembira apabila bapanya merealisasikan impiannya untuk memiliki seutas jam tangan jenama Cartier yang mencecah harga puluhan ribu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah & Geng Nak Bawa Keluar Lagu Raya, Isteri Komen Aliff Syukri Dah Ada Pencabar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri, Shahida Kongsi Pengalaman Hampir Tidur Lokap & Diserbu SPRM – ‘Itu Momen Paling Menakutkan’
Buat video ‘unboxing‘

Menerusi hantaran di TikTok, Qadejah yang mesra disapa Cess memuat naik video unboxing jam tangan cartier selepas netizen meminta kemas kini (update) terbaharu daripadanya.
Berjaya paw abah dan betul-betul dapat beli.
Dalam hantaran yang sama, gadis berusia 15 tahun itu menunjukkan barangan percuma yang didapati ketika membeli jam tangan itu antaranya air mineral, buku katalog dan lain-lain.
Sementara itu, Cess turut mengambil peluang menyatakan rasa berterima kasih kepada ibu bapanya dan kepada pembeli yang sering membuat pembelian ketika dia menjual menerusi siaran langsung di TikTok.
Terima kasih kepada mama, abah dan kepada semua yang selalu membeli barang yang kami jual.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa gembira apabila hasil pujukan Cess yang memakan masa selama beberapa hari itu membuahkan hasil.
Sesetengah mereka juga berasa kagum dengan Aliff kerana sanggup merealisasikan impian anaknya untuk memliki jam tangan Cartier.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)