
Hantaran anak usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah El Zahra menyorot perhatian selepas menerima hadiah seutas jam tangan berjenama mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Kahwin, Nak Jadi Kaya Dulu’ – Qadejah
Artikel Berkaitan: Qadejah Minta Hadiah Gelang RM25,000 Sempena ‘Birthday’ – ‘Abah Kaya & Menawan, Harap Dia Belikan’
Jam tangan mewah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mendedahkan harga seutas jam tangan yang dimiliki Qadejah.
Difahamkan, jam tangan berjenama mewah itu bernilai RM69,300 sebagai hadiah daripada Aliff Syukri dan Shahidah.
Dalam pada itu, individu terbabit turut berpendapat bahawa bakal suami Qadejah atau mesra dengan panggilan Cess perlu bersedia bagi menyediakan kemewahan buatnya.
Harga seutas jam tangan Cess.
Makan modal siapa nak kahwin dengan budak ini.
Doa netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Qadejah dikurniakan bakal suami yang sekufu. Selain itu, warganet turut menyifatkan Qadejah sebagai seorang anak yang rajin berusaha walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada.
Sumber: Threads @nostlagialagu






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

