
Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-15, anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra meminta hadiah gelang tangan daripada bapanya.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hanya Bergurau Fasal Jual Kucing – ‘Saya Padam Video Itu Sebab Kena Kecam’
Gelang RM25,000

Qadejah berkata, gelang tersebut bernilai RM25,000 dan hanya boleh didapati di sebuah butik jenama mewah di luar negara.
Saya ada minta hadiah gelang daripada abah, harganya sekitar RM25,000. Saya ada lihat dalam website atas talian baru-baru ini.
Saya mula minat gelang itu sejak beberapa minggu lalu. Gelang itu kalau nak beli kena pergi luar negara, di Malaysia tiada. Abah saya kaya, kacak dan menawan. Harap dia belikan saya hadiah itu.
Qadejah berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahirannya bersama dua adiknya yang lain iaitu Ibraheem Adham dan Raudhah Ashiyah yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, anak kedua daripada enam beradik itu turut meluahkan rasa syukur atas segala nikmat dan rezeki yang dinikmatinya selama ini.
Selain itu, Qadejah juga berbangga memiliki sebuah keluarga yang penyayang yang sentiasa menjadi sumber kekuatannya.
Sudah 15 tahun dan semakin meningkat remaja, kadang kala berada di situasi apa kita nak buat dengan usia yang masih muda. Belum juga terlalu tua untuk buat keputusan.
Saya masih dalam fasa menemui diri sendiri, namun saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya. Saya gembira memiliki abah dan mama yang terbaik serta adik-beradik yang begitu penyayang.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)