berita

Jam Tangan Rolex Milik James Bond Yang Dihasilkan Pada 1958 Kini Dilelong Cecah Jutaan Ringgit

August 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pelbagai jenama jam tangan yang terdapat di seluruh negara. Setiap jenama tersebut mempunyai keunikan dan pengikutnya yang tersendiri. Penggemar jam tangan mewah ini akan merasai kepuasan apabia memakai jam tersebut.

Bagi mereka yang mengikuti filem James Bond, pasti anda sudah tahu jenama jam tangan yang pernah dipakai oleh hero filem yang merupakan ejen perisik terkenal iaitu Sean Connery. Jam tangan yang dimaksudkan adalah jam tangan berjenama Rolex.

Rolex Submariner cecah jutaan ringgit…

Menerusi Astro Awani, salah satu keluaran jam tangan milik syarikat terkemuka ini dinamakan James Bond Submariner dan kini telah dibuka untuk pembida yang berminat. Bagi mereka yang mempunyai hobi menyimpan koleksi jam tangan mewah, ini merupakan peluang keemasan anda untuk memiliki jam tangan Rolex Submariner ini.

Jam tangan model siri Rolex Submariner 6538 dipercayai telah dihasilkan pada tahun 1958 dan masih boleh mencecah sehingga jutaan ringgit iaitu hampir AS$280,000 (RM1.7 juta) berdasarkan anggaran nilainya. Walaupun jam tangan ini sudah lama dikeluarkan dan tidak canggih seperti jam tangan keluaran terkini namun ia mempunyai nilai keunikannya yang tersendiri.

Pernah dipakai oleh James Bond…

 

Selepas empat tahun Rolex Submariner dihasilkan, jam tangan mewah ini mula dipakai oleh Connery dalam babak aksinya sebagai pengintip British. Bukan itu sahaja, Connery juga dilihat pernah memakai jam model Submariner ini dalam filem Thunderball dan From Russia with Love.

Menurut wakil daripada syarikat penjualan lelong, Sotheby’s berdasarkan maklumat daripada katalog jualan menjelaskan bahawa keadaan fizikal jam tersebut mempunyai beberapa bahagian yang pudar akan tetapi ianya bebas daripada kesan kusam atau calar.

Sebanyak 13  jam Rolex dan beberapa jam mewah yang lain seperti Omega, Tag Heuer dan Patek Philippe akan mula dijual atas talian pada hari Rabu minggu ini. Bukan itu sahaja, kereta ikonik dari filem Goldfinger pada tahun 1964 iaitu Aston Martin DB5 juga akan di lelong di Monterey, California harga bidaan dijangka dibuka sehingga mencecah AS$6 juta (RM 25 juta).

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×